Saturday, September 5, 2015

SOLAT HAJAT UNTUK CALON UPSR 2015

Pada hari Sabtu, 5 September 2015, majlis solat hajat telah diadakan di Surau Asrama SKPB sempena UPSR tahun 2015 ini.  Majlis ini berjalan dengan jayanya dan seramai  100 orang peserta yang terdiri daripada guru,  ibubapa dan pelajar  telah menghadirkan diri pada majlis tersebut. Majlis ini telah bermula seawal jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi. Majlis ini dimulakan dengan tazkhirah dan solat Hajat yang diimamkan oleh Imam Masjid Sungai Pinang. Kemudian, jamuan makan diakhir majlis di dewan makan asrama. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Objektif Program
1)  Memotivasikan murid agar terus meningkatkan usaha untuk kejayaan.
2)  Murid dapat mengetahui keperluaan sebagai seorang hamba Allah untuk
            memohon hajat serta pertolongan daripada Allah.
3)  Membentuk jati diri Muslim yang sejati dan memberi ketenangan jiwa ketika           

     menghadapi peperiksaan.

4)  Mengukuhkan silaturahim antara murid, guru dan ibu bapa.

Laporan Bergambar

No comments:

Post a Comment