Friday, August 14, 2015

MOTIVASI KEIBUBAPAAN & PESANAN AKHIR UPSR 2015

Program ini telah berlangsung pada 14 Ogos 2015 bertempat di Dewan Al Hassan SKPB. Program ini bermula jam 6.30 petang. Penceramah jemputan ialah Al Fadhil Ustaz Mokhtar Bin Hj. Yaacob, Unit Dakwah KESEDAR Wilayah Kelantan.

Program ini dianjurkan oleh AJK PIBG untuk membantu pihak sekolah dalam apa jua program yang dijalankan di sekolah termasuklah program untuk peningkatan akademik dan sebagainya. 

Program ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Al Fadhil Ust Abd Wahab Bin Ramli. Ucapan oleh YDP PIBG dan seterusnya ceramah motivasi oleh Al Fadhil Ust Mokhtar Bin Hj Yaacob. 

Pihak sekolah dan AJK PIBG merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.