Tuesday, March 19, 2013

MAJLIS RAMAH MESRA IBU BAPA BERSAMA TUAN PPD TUMPAT

Pada 19 Mac 2013, Satu Majlis Ramah mesra ibubapa murid yang tinggal di asrama bersama Tuan PPD Tumpat, Tuan Haji Yaacob Bin Ismail bertempat di Dewan Al Hasan SKPB. Majlis bermula pada jam 10 pagi dan berkakhir pada jam 1 tengahari. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al Quran dari murid tahun 6 SKPB dan kemudian bacaan doa oleh Ust Ismail Bin Yasa. Majlis dipengerusikan oleh Pn Norlaila Binti Mamat merangkap Guru Bimbingan dan Kauseling SKPB. Majlis diteruskan dengan ucapan dari Tuan Guru Besar SKPB, En Mustaffa Bin Hassan. Kemuncaknya, Majlis menjemput Tuan PPD Tumpat untuk menyampaikan ucapan beliau. Selain itu, pada majlis ini juga diadakan penyampaian hadiah kepada murid-murid asrama. Akir sekali, jamuan makan diadakan di asrama SKPB. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Bahagian HEM SKPB dan asrama SKPB.





















BIJAK SIFIR

Program Bijak Sifir adalah di bawah kelolaan Panitia Matematik yang diterajui oleh Cikgu Ramadhan. Program ini dijalankan pada setiap bulan. Pada bulan ini pemenangnya ialah Adik Juhaida dari 6 Wira. Beliau dapat menghafal sifir dari sifir 1 hingga 12. Hadiah disampaikan oleh PK HEM SKPB En. Izani Bin Abd Kadir. Tahniah dan syabas....


KEJOHANAN OLAHRAGA ZON KG LAUT

SKPB juga telah menghantar wakil dalam kejohanan olahraga peringkat Zon Kg Laut. Guru pengiring yang diketuai oleh Cikgu Pakhruzzakir, menurutnya SKPB memperoleh 3 emas dalam kejohanan tersebut. Hadiah disampaikan oleh PK HEM SKPB En Izani Bin Abd Kadir. Tahniah...




KUIZ DOKTOR MUDA

SKPB menghantar peserta untuk mengambil bahagian dalam pertandinagn kuiz bagi Doktor Muda, guru pengiring ialah En Wan Sabran Bin Wan Nawi. Tahniah dan syabas kepada murid-murid yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini kerana telah menaikkan nama SKPB dengan memperoleh tempat pertama. Hadiah disampaikan oleh PK HEM SKPB, En Izani Bin Abd Kadir. Tahniah dari warga SKPB.




MURID CEMERLANG UBB 1

Penyampaian disempurnakan oleh PK HEM SKPB, En Izani Bin Abd Kadir.
Tahniah kepada murid yang cemerlang, teruskan usaha demi masa depan anda.

Nurul Aqilah - 5A
Wan Nur Syafikah - 5A
Menerima sumbangan daripada PK HEM