Monday, December 31, 2012

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2013

1 JANUARI 2013 - SK PULAU BELURU


Penggal persekolahan 2013 yang bermula hari ini  begitu meriah dan murid-murid pula begitu bersemangat membawa buku, peralatan serta pakaian sekoah yang baru, walaupun hujan dan terpaksa mengarungi air di perkarangan sekolah. Guru Besar SKPB, En. Mustaffa Bin Hassan mengucapkan Selamat Datang kepada semua murid-murid SKPB dan selamat menjadi warga SKPB bagi murid Pra Sekolah dan juga murid-murid tahun 1. Beliau berharap semangat yang ditunjukkan hari ini akan dapat dikekalkan sehingga di akhir tahun dan seterusnya dapat mencapai pelbagai kecemerlangan dalam bidang Akademik dan juga Kokurikulum.
Dalam suasana banjir, warga SKPB tetap bersemangat untuk memulakan sesi pembelajaran. Di pengkalan Kok Majid air setinggi 2 meter dan begitu juga di pengkalan berdekatan dengan SKPB. Diharap warga SKPB tabah menghadapi kesusahan dan berhati-hati selalu.  
Guru-guru sibuk menguruskan hal-hal berkaitan sekolah

Sentiasa sibuk menguruskan hal berkaitan dengan sekolah

P&P berjalan dengan lanacar

Murid-murid teruja untuk belajar

Saling berbincang untuk memberikan yang terbaik buat SKPB

Sibuk dengan jualan di Kedai Koperasi Sekolah

Antara ibu bapa yang ingin membeli peralatan sekolah

Guru melayan karenah murid-murid

P&P sedang berjalan

Murid-murid memberikan tumpuan sepenuhnya

Bersemangat untuk menyiapkan tugasan

P&P berjalan dengan lancar

P&P berjalan dengan lancar

P&P berjalan dengan lancar

Saling bekerjasama

P&P berjalan dengan lancar

P&P berjalan dengan lancar

P&P berjalan dengan lancar

P&P berjalan dengan lancar. Transisi tahun 1

Ibu bapa yang hadir memberikan sokongan kepada anak-anak
Program Transisi Tahun 1



Saturday, December 29, 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Cuti Akhir Tahun akan berakhir pada 31 Disember 2012 (Isnin) bagi sekolah-sekolah Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Terengganu)  sekolah akan dibuka semula seperti biasa. Warga SKPB mengucapkan "Selamat Kembali Ke Sekolah" untuk semua warga sekolah. Setelah hampir 2 bulan kita berehat, kini tibalah masanya kita sambung kembali tugas-tugas yang telah diamanahkan.

Kesulitan sistem PBS diatasi


Melalui PBS, murid dan pelajar dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan serta tidak terikat dengan keperluan peperiksaan semata-mata.
Kementerian Pelajaran sedang dalam usaha menambah baik perlaksanaan Sistem Pengurusan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bagi memudahkan penggunaannya oleh kira-kira 412,000 guru sekolah rendah dan menengah seluruh negara.
Ketika ini, kementerian dalam tindakan menyediakan hosting baharu bagi memudahkan guru mengakses ke dalam sistem yang sebelum ini menimbulkan rungutan dalam kalangan guru yang terpaksa memperuntukkan masa agak lama untuk mengakses sistem tersebut.

Menurut Unit Komunikasi Korporat Kementerian, tindakan yang diambil Bahagian Pengurusan Maklumat kementerian adalah dengan memindahkan SPPBS ke hosting baharu dalam usaha mengatasi tersebut pada masa ini.

Tindakan itu adalah bagi menampung bilangan pengguna yang mengakses secara serentak sehingga 40,000 orang pada satu-satu masa untuk mengakses sistem berkenaan.

''Pihak kementerian juga telah menggandakan bilangan server daripada 4 kepada 20 buah server mulai November lalu bagi mengurangkan kesesakan pengguna yang ramai'', kata kenyataan itu di sini hari ini.
Kenyataan tersebut sebagai reaksi kepada Ruangan SMS Utusan Malaysia baru-baru ini mengenai rungutan 'Guru Kini' yang mendakwa PBS menambah bebanan guru kerana sukar memasuki laman web sistem tersebut walaupun pada waktu awal pagi.

Menurut kenyataan itu lagi, kementerian amat prihatin dengan kesukaran dan masalah yang terpaksa dihadapi guru berhubung perlaksanaan sistem baharu itu namun yakin masalah yang timbul akan dapat diatasi dalam tempoh terdekat ini.

Kira-kira 5,272,478 pelajar terdiri daripada 2,804,405 murid sekolah rendah dan 2,281,775 pelajar sekolah menengah terlibat dalam perlaksanaan sistem PBS membabitkan 7,723 sekolah rendah dan 2,296 sekolah menengah.
Melalui sistem baharu ini, guru tidak lagi perlu meramal bentuk soalan dan topik yang akan diuji dan pada masa yang sama, tidak perlu melaksanakan latih tubi terhadap topik tertentu.

Sebaliknya, pelajar akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan malah format pentaksiran baharu itu membolehkan murid dinilai berdasarkan hasil lebih luas dalam jangka masa yang lebih panjang.

Ia bertujuan untuk menambah baik sistem penilaian ke atas pelajar dengan menggunakan standard prestasi kerana sebelum ini penilaian terhadap pencapaian pelajar terlalu berorientasi peperiksaan sejajar usaha kerajaan menambah baik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan memansuhkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjelang 2014.

Ia merupakan satu pentaksiran bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), efektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Secara spesifik, PBS dioptimumkan bagi mentaksir bidang akademik dan bukan akademik, memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelajaran) berasaskan sekolah.
Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik.

PS dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah di sekolah iaitu contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.

Bagi PP pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan.

Selain itu, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum (contohnya penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain sekolah).

Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability and acquired ability) semulajadi murid, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum. 

PBS-diatasi#ixzz2GQbhgIkR 
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, December 26, 2012

MESYUARAT GURU UNTUK TAHUN 2013

Mesyuarat guru telah diadakan di SK Sungai Pinang disebakan SKPB dinaiki air. Mesyuarat bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn. Guru Besar SKPB En. Mustaffa Bin Hassan.

Terima kasih di atas kehadiran guru-guru dan staf sokongan semua, ini menunjukkan kita semua sayang akan SKPB dan bermakna kita semua telah berganding bahu untuk membawa SKPB ke arah kecemerlangan.

Terima Kasih diucapkan.




SELAMAT DATANG KE SKPB

Selamat datang En. Nazri (PK Kokurikulum) yang baru menggantikan En. Mohd Sanusi Bin Yusoff yang berpindah ke SK Sg Pinang ke SKPB dari warga SKPB, semoga kita sama-sama dapat bekerjasama bagi memberikan yang terbaik untuk SKPB khusunya murid-murid SKPB.

SELAMAT TINGGAL 2012 DAN SELAMAT DATANG 2013


Alhamdulillah. Tahun baru akan menjelma tak berapa hari lagi. 2013 hadir dengan harapan dan iltizam jitu para guru untuk memartabatkan pendidikan anak didik mereka. Benarlah kata pepatah bahawa 'guru ibarat lilin yang membakar diri'. Segala usaha yang termampu oleh kudrat seorang manusia dilakukan demi untuk meningkatkan pencapaian anak didik mereka. Hatta, masa bersama keluarga tercinta juga sanggup dikesampingkan demi untuk melihat kejayaan dan kecemerlangan anak didik yang merupakan generasi pelapis pemangkin pembangunan insan dan kemajuan negara tercinta.

'Lilin Seorang Guru Tidak Akan Pernah Padam' Kini 2012 akan berlalu bersama seribu kenangan manis dan pahit. Segalanya tinggal sebagai sebuah sejarah yang akan terus terpahat utuh di hati. Bagi anak-anak didik pula, ingatlah bahawa masa tidak menunggu kita, sebaliknya kita harus pantas mengejar masa. Banyak ilmu dan pengalaman harus ditimba sebagai persiapan untuk kehidupan yang lebih gemilang di masa hadapan. Cukuplah masa untuk leka bermain, bersantai dan menghadap peti televisyen, mendengar mp3 atau bermain playstation.


Bagi pelajar Tahun 6 sesi 2013, waktu untuk anda semua menumpukan seluruh usaha, masa dan tenaga telah bermula sekarang. Lengkapkanlah diri dengan kemahiran-kemahiran yang sepatutnya dan ulangkaji pelajaran yang kurang mahir agar anda lebih bersedia untuk belajar di Tahun 6 nanti. Bagi semua pelajar Tahun 6 sesi 2012 yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam UPSR lalu dan berjaya ke SBP atau sekolah-sekolah cemerlang lain, janganlah leka dengan kejayaan yang telah diraih. Sebaliknya kekalkan dan tingkatkanlah usaha agar mengecap kejayaan yang lebih manis di tahun mendatang. Bagi pelajar yang kurang berjaya pula, usahlah bersedih dan hanyut dalam lautan kepiluan kerana ia hanya akan merosakkan diri sendiri sahaja. Sebaliknya, jadikanlah kegagalan ini sebagai langkah permulaan untuk mengorak kejayaan di hari muka. Kejayaan itu pastinya akan menjadi lebih manis sekiranya kita menerima ketentuan Allah swt dengan redha dan hati yang lapang. Ingatlah Firman Allah bahawa 'Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, kecuali kaum itu sendiri yang berusaha untuk mengubahnya'.
 
Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru, staf non-akademik, AJK PIBG, para ibu bapa / penjaga pelajar-pelajar, organisasi dan orang perseorangan yang sentiasa bersama kami dan selalu memberikan kerjasama yang erat dan tidak berbelah-bagi dalam menjayakan semua program sekolah selama ini. Semoga jalinan kerjasama dan keprihatinan tuan puan akan diteruskan dan dipertingkatkan lagi dalam menuju hasrat dan impian untuk meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah anak-anak tuan puan dan mencapai visi dan misi sekolah secara amnya. Selamat datang 2013..

JASAMU DIKENANG, KALIAN TETAP DALAM INGATAN

Terima kasih dan sekalung budi buat cikgu-cikgu yang berpindah dari warga SKPB:

1. En. Mohamad Sanusi BinYusoff - ke SK Sungai Pinang, Tumpat
2. En. Mohammad - ke Sekolah di daerah Selangor

Semoga kalian beroleh rahmat dari Allah S.W.T Ameen

BANJIR MELANDA

Pengkalan Kok Majid salah satu tempat untuk ke SK Pulau Beluru telah dinaiki air. Orang ramai dinasihati supaya berhati-hati dan patuh kepada segala arahan pihak berkuasa tempatan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Semoga musibah yang melanda dapat diharungi dengan baik dan bersabarlah.