Thursday, January 31, 2013

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 1434H


12 Rabiulawal bersamaan 20 April 570 Masihi merupakan tarikh yang seharusnya diketahui oleh sekalian umat Islam kerana pada tarikh inilah telah lahirnya junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Menyedari akan pentingnya tarikh ini, seperti tahun-tahun berikutnya, sekali lagi SKPB telah mengadakan majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah pada  28 Jan 2013 yang lalu iaitu bagi tahun 1434Hijrah.

Objektif utama majlis ini diadakan tidak lain untuk melahirkan rasa cinta kepada baginda Rasulallah SAW. Selain itu, majlis ini juga dianjurkan bagi menambah kefahaman tentang sirah dan perjuangan Nabi dalam menjalankan misi dakwah di samping untuk memupuk budaya ilmu dalam kalangan warga SKPB. Dengan tema ' Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah', Alhamdulillah..majlis ini telah berjalan dengan jayanya.

Ceramah Maalidur Rasul juga diadakan di Masjid Teluk Renjuna yang disampaikan oleh Ust. Fadhil Bin Othman guru dari SK Sg Pinang. Selain itu, turut diadakan pertandingan sepanduk dan pakaian cantik kategori murid dan guru. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur..Semoga dengan terlaksananya majlis ini, maka tercapai juga objektif majlis tersebut diadakan..insyaallah..






































Wednesday, January 30, 2013

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2013

21 Januari 2013, SK Pulau Beluru mengadakan program Serahan Bantuan Awal Persekolahan 2013 sepertimana yang diperuntukkan oleh kerajaan dalam pembentangan budget sebelum ini. Majlis yang dirasmikan oleh Tuan Haji Mat Razi Bin Mat Ail Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Tumpat (Pengurusan Kemanusian).

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust. Ismail Bin Yasa. Kehadiran yang memberangsangkan jelas dan dapat dilihat dengan jayanya. Wang disampaikan oleh Ybrs Hajah Nik Noriza Bt Nik Salleh (Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tumpat) jelas kelihatan ibu bapa penjaga ceria dengan bantuan ini. Syukur kepada Allah dengan nikmat seperti ini setidak-tidaknya sekolah mengharapkan agar ibu bapa dapat menyediakan peralatan belajar untuk anak-anak mereka dan memanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan anak-anak.

Perasmian oleh Penolong PPD Tumpat
Menyampaikan amanat dan nasihat kepada hadirin
Ibu bapa yang hadir mendengar taklimat
Urusan pendaftaran ibu bapa oleh Cikgu Zaini
Pn Hajah Noriza sedang memberikan ucapan
Penyerahan wang bantuan awal persekolahan
Penyerahan wang bantuan awal persekolahan
Mendengar taklimat
Penyerahan wang bantuan awal persekolahan
Penyerahan wang bantuan awal persekolahan
Menunggu giliran untuk menerima bantuan dari pihak sekolah

Sunday, January 20, 2013

PROGRAM AMAL PUSPA

Tarikh                  : 26 -29 Februari 2012
Perasmian Oleh   : Ybr Tn. Hj. Zahari Bin Daud (Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan)
Anjuran bersama : -  Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
                               - Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Kami warga SK Pulau Beluru amat bertuah kerana SKPB telah terpilih untuk menjayakan Program Amal PUSPA yang telah diadakan pada 26-29 Februari 2012. Presiden PUSPA (Persatuan Kemajuan Wanita Kelantan, Kuala Lumpur dan Selangor) iaitu Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim beserta rombongan diiringi Ybr Pn. Hjh Siti Norina Bt Muhammad, Ketua Unit Pendidikan Swasta JPN, Ybr Pn Siti Nor Bt Mohd Yusuf PUSPANITA PPD dan ahli rombongan, Pensyarah UMK dan rombongan serta pentadbir serta beberapa orang guru SKPB telah menyertai lawatan ke rumah keluarga sekitar Pulau Beluru selama dua hari untuk program beramah mesra dan amal. Selain daripada barangan dapur, sumbangan wang juga telah diagihkan kepada masyarakat atau penduduk sekitar Pulau Beluru.

Program Amal PUSPA juga telah membantu murid-murid SK Pulau Beluru meningkatkan dan mengukuhkan pengetahuan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris melalui Bengkel Pemurnian Bahasa Melayu dan Pengukuhan Bahasa Inggeris. Jika diizinkan Allah S.W.T, InsyaAllah program bersama PUSPA ini akan diadakan lagi pada tahun ini. Kami warga SKPB sangat mengalu-alukan kehadiran Presiden PUSPA dan rombongan.






Sehingga Berjumpa Lagi...