Monday, November 19, 2012

PROGRAM BITARA

Program Bitara anjuran PPD Tumpat diadakan di SK Kg Laut. Semua guru terlibat dalam program ini.Objektifnya untuk memaklumkan kepada semua guru berkaitan dengan sistem pendidikan yang baru diperkenalkan (PPPM).
Penceramah Program Bitara
Guru-guru yang turut serta dalam Program Bitara

Kelihatan guru-guru sedang memberikan tumpuan sepenuhnya

Wednesday, November 14, 2012

Tuesday, November 13, 2012

MESYUARAT PERANCANG SEKOLAH

Mesyuarat Perancang Sekolah telah diadakan di bilik Wawasan SK Pulau Beluru yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar SK Pulau Beluru En. Mustaffa Bin Hassan. Turut hadir dalam mesyurat ini ialah PK 1 Pn. Che Puteh, ketua-ketua panitia, PT dan semua guru yang terlibat. Banyak perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat tamat pada jam 12 tengah hari. Terima kasih kepada semua guru yang hadir.

Wednesday, November 7, 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012


SELAMAT BERCUTI

Selamat bercuti kepada semua guru-guru dan murid-murid SKPB untuk tahun 2012. Semoga kalian dapat bercuti dan dapat kembali bertugas pada tahun hadapan.

KENDURI KESYUKURAN

Satu majlis makan tengahari diadakan di bawah Makmal Komputer SK Pulau Beluru yang di taja oleh Cikgu Che Zakaria bersempena persaraan beliau. Menu yang disediakan ialah 'roti cicah kari daging kambing' dan beberapa jenis kuih serta roti jala dan kek. Kami warga SKPB mengucapkan terima kasih di atas perhatian dan sumbangan dari Cikgu Che Zakaria. Semoga cikgu sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

HARI PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN DAN JAMUAN AKHIR TAHUN

SK Pulau Beluru telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah pada 05 November 2012 kepada murid-murid yang cemerlang dalam segala aspek melibatkan bidang Kurikulum dan Kokurikulum. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
Kek yang disediakan untuk jamuan akhir tahun

Menu yang disediakan

Murid-murid SK Pulau Beluru

Kerja berpasukan amalan guru-guru SKPB

SALAM PERKENALAN

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM,...
Selamat berkongsi pendapat dari kami warga SKPulau Beluru, Tumpat. Semoga wujudnya blog seperti ini, kita sama-sama akan dapat manfaat dan berkongsi pendapat dan pengetahuan. Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk datangnya dari kelemahan kami. Wassalam...