Tuesday, September 15, 2015

PESTA SUKAN AIR SEMPENA HARI KEMERDEKAAN 2015

Pesta Sukan Air Sempena Hari Kemerdekaan 2015 yang bertemakan SEHATI SEJIWA telah diadakan di Jeti Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru, Palekbang, Tumpat, Kelantan. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa PIBG SKPB dan Sarana PIBG SKPB. Program ini dirasmikan oleh Ybhg Datuk Haji Mohd Rosdi Bin Haji Abdul Aziz, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat. Program ini bermula jam 8 pgi dan berakhir jam 3 petang.


Pelbagai aktiviti dipertandingkan untuk mengeratkan hubungan masyarakat sekitar dengan warga sekolah. Antaranya ialah:
  • Kayuh Perahu 

  • Lumba Galah 

  • Kayuh Perahu 

  • Tarik Tali Berperahu 

  • Lumba ‘Kenu’ 

  • Rebut Itik 

  • Titi Licin 

  • Pukul Bantal & lain-lain lagi
Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa kerja dan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung serta kepada semua masyarakat setempat di atas kerjasama yang diberikan. Pihak sekolah juga memohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang program ini berlangsung. Diharap hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dan masyarakat akan lebih erat. 

























3 comments:

  1. TAHNIAH SKPB... teruskan untuk tahun hadapan.

    ReplyDelete
  2. sy juhaida jasza , ex-skpb.. sronok sgt skolah kat sana.. thanks cikgu-cikgu n kawan-kawan .. rindu sangat nk skolah kat sana balik..

    ReplyDelete
  3. Saya nak ucap trima kasih kat cikgu2 yg ajar sy smpai jd budak yg baik
    Rindu asrama jugak.. rindu cg Ramli, cg Amiriddin, teacher Suryati dan ramai lagi.. tak lupa juga cg Hashim, Ustaz Wahab, Ustaz Haizul n Ustazah Azura.. tq byk2

    ReplyDelete