Saturday, June 20, 2015

MAJLIS ILYA' RAMADHAN/ PROGRAM SEPANJANG BULAN RAMADHAN

Majlis Ilya' Ramadhan telah diadakan pada 17 jun 2015 bertempat di dewan Al Hassan SKPB. Majlis ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Agama yang diterajui oleh Ust Mohd Haizul Arny Bin Che Will. Majlis/program seperti ini sering dijalankan oleh panitia tersebut ketika menyambut Bulan Ramadahan.

Terdapat beberapa aktiviti/program yang dicanang/diatur oleh panitia berkenaan untuk memastikan bulan ramadhan ini dipenuhi dengan perkara-perkara berfaedah. Antra program yang diatur ialah Tadarus Al Quran unutk Guru SKPB dan juga untuk murid-murid. Tadarus Al Quran untuk guru, dimana seorang guru perlu memilih 1 sahaja Juzuk untuk dibaca. Murid-murid pula diminta berada di Musalla sekolah bagi tahap 1 pada waktu rehat manakala tahap 2 berada di Kantin SKPB untuk mengaji/bertadarus.

Antara program lain seperti melancarkan tabung ramadahan. Ini membuktikan bahawa Panitia Agama terlalu aktif dengan merancang pelbagai aktiviti sepanjang tahun.

Admin dan warga SKPB mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada para Ustaz dan Ustazah SKPB keran adapat menjalankan aktiviti untuk melahirkan insan yang cemerlang (JERI). 


No comments:

Post a Comment