Monday, June 29, 2015

JEJAK RAMADHAN

Alhamdullilah, syukur diberi nikmat oleh Allah swt untuk meneruskan hidup dan menemukan ramadhan kali ini, semoga akan bertemu Ramadhan pada masa akan datang.

Panitia Pendidikan Islam sekali lagi merancang dengan aktiviti JEJAK RAMADHAN  di Pulau Tongkang yang dijayakakan oleh Ust Mohd Haizul Arny.

Program kali ini berbeza dari porgram sebelum ini. Antara pengisiannya ialah berbuka puasa dengan penduduk Pulau Tongkang, Solat Maghrib berjemaah, Tazkhirah Ramadhan, Solat Isyak berjemaah, Solat Terawih & Witir serta Moreh di penghujung program. 

Program seperti ini telah mendapat samutan yang menggalakkan dari penduduk setempat. Diharap program ini akan diteruskan lagi pada maasa akan datang..TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG.

"ISLAM ITU INDAH, KAMI SUKA KEINDAHAN"

Ust Haizul bersama guru-guru ke Pulau Tongkang menaiki bot

PK Pentadbiran juga turut serta

Juadah berbuka puasa

Tazkirah ramadhan

Ust Haizul sedang menyampaikan Tazkhirah Ramadhan

sedang khusyuk mendengar tazkhirah

No comments:

Post a Comment