Tarikh : 26 -29 Februari 2012
Perasmian Oleh : Ybr Tn. Hj. Zahari Bin Daud (Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan)
Anjuran bersama : - Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Kami warga SK Pulau Beluru amat bertuah kerana SKPB telah terpilih untuk
menjayakan Program Amal PUSPA yang telah diadakan pada 26-29 Februari
2012. Presiden PUSPA (Persatuan Kemajuan Wanita Kelantan, Kuala Lumpur
dan Selangor) iaitu Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim beserta
rombongan diiringi Ybr Pn. Hjh Siti Norina Bt Muhammad, Ketua Unit
Pendidikan Swasta JPN, Ybr Pn Siti Nor Bt Mohd Yusuf PUSPANITA PPD dan
ahli rombongan, Pensyarah UMK dan rombongan serta pentadbir serta
beberapa orang guru SKPB telah menyertai lawatan ke rumah keluarga
sekitar Pulau Beluru selama dua hari untuk program beramah mesra dan
amal. Selain daripada barangan dapur, sumbangan wang juga telah
diagihkan kepada masyarakat atau penduduk sekitar Pulau Beluru.
Program Amal PUSPA juga telah membantu murid-murid SK Pulau Beluru meningkatkan dan mengukuhkan pengetahuan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris melalui Bengkel Pemurnian Bahasa Melayu dan Pengukuhan Bahasa Inggeris. Jika diizinkan Allah S.W.T, InsyaAllah program bersama PUSPA ini akan diadakan lagi pada tahun ini. Kami warga SKPB sangat mengalu-alukan kehadiran Presiden PUSPA dan rombongan.

Sehingga Berjumpa Lagi...
No comments:
Post a Comment