Tuesday, September 15, 2015

PESTA SUKAN AIR SEMPENA HARI KEMERDEKAAN 2015

Pesta Sukan Air Sempena Hari Kemerdekaan 2015 yang bertemakan SEHATI SEJIWA telah diadakan di Jeti Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru, Palekbang, Tumpat, Kelantan. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa PIBG SKPB dan Sarana PIBG SKPB. Program ini dirasmikan oleh Ybhg Datuk Haji Mohd Rosdi Bin Haji Abdul Aziz, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat. Program ini bermula jam 8 pgi dan berakhir jam 3 petang.


Pelbagai aktiviti dipertandingkan untuk mengeratkan hubungan masyarakat sekitar dengan warga sekolah. Antaranya ialah:
  • Kayuh Perahu 

  • Lumba Galah 

  • Kayuh Perahu 

  • Tarik Tali Berperahu 

  • Lumba ‘Kenu’ 

  • Rebut Itik 

  • Titi Licin 

  • Pukul Bantal & lain-lain lagi
Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa kerja dan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung serta kepada semua masyarakat setempat di atas kerjasama yang diberikan. Pihak sekolah juga memohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang program ini berlangsung. Diharap hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dan masyarakat akan lebih erat. 

























Monday, September 7, 2015

UPSR 2015, KAMI WARGA SKPB MENDOAKAN YANG TERBAIK BUAT ANAK DIDIK KAMI






KASIHNYA GURU




PESTA AIR SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Semua dijemput hadir. 

MAJLIS SERAH ILMU

 Majlis penyerahan ilmu diadakan di Surau Asrama SKPB pada hari ini jam 8 pagi. Majlis ini dimulakan dengan solat hajat, suap pulut kuning dan juga bersalaman dengan guru-guru. Ibubapa turut hadir memberikan sokongan kepada pihak sekolah. Terima kasih diucapkan. Semoga murid-murid tahun 6 SKPB dapat tenang menjawab soalan-soalan UPSR pada hari esok dan seterusya.SEMOGA KEJAYAAN MILIK ANDA.
2015090707164720150907071640 (1)Semoga diberi ketenangan oleh Allah SWT. Amin
Semoga diberi ketenangan oleh Allah SWT. Amin
20150907071640
2015090707173020150907071642
20150907071643
20150907071640 (2)
    

Saturday, September 5, 2015

SOLAT HAJAT UNTUK CALON UPSR 2015

Pada hari Sabtu, 5 September 2015, majlis solat hajat telah diadakan di Surau Asrama SKPB sempena UPSR tahun 2015 ini.  Majlis ini berjalan dengan jayanya dan seramai  100 orang peserta yang terdiri daripada guru,  ibubapa dan pelajar  telah menghadirkan diri pada majlis tersebut. Majlis ini telah bermula seawal jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi. Majlis ini dimulakan dengan tazkhirah dan solat Hajat yang diimamkan oleh Imam Masjid Sungai Pinang. Kemudian, jamuan makan diakhir majlis di dewan makan asrama. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Objektif Program
1)  Memotivasikan murid agar terus meningkatkan usaha untuk kejayaan.
2)  Murid dapat mengetahui keperluaan sebagai seorang hamba Allah untuk
            memohon hajat serta pertolongan daripada Allah.
3)  Membentuk jati diri Muslim yang sejati dan memberi ketenangan jiwa ketika           

     menghadapi peperiksaan.

4)  Mengukuhkan silaturahim antara murid, guru dan ibu bapa.

Laporan Bergambar